SEMAKAN PLKN ONLINE 2025
JLKN telah mengeluarkan kenyataan rasmi iaitu peserta perlu membuat semakan PLKN online 2025 untuk mengetahui sama ada mereka terpilih atau tidak untuk menyertai latihan kebangsaan PLKN. Tempoh semakan bermula 11 Mei hinggan 24 Jun 2025.
Bagaimanakah cara semakan PLKN? Baca info lanjut dibawah.
TUJUAN PLKN
Penganjuran Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diteruskan semula pada tahun 2025 bagi memupuk semangat patriotisme, perpaduan nasional, dan jati diri dalam kalangan golongan muda di Malaysia. Selain itu, ianya bertujuan untuk memberi peluang kepada remaja Malaysia untuk menghadapi cabaran hidup melalui pengalaman latihan fizikal dan mental.
Antara manfaat untuk penyertaan program PLKN yang akan diterima oleh peserta adalah:
- Membentuk Jati Diri dan Sahsiah.
- Meningkatkan Semangat Patriotisme.
- Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan.
- Pembangunan Kemahiran Insaniah.
- Peluang Peningkatan Kerjaya.
- Jaringan Sosial dan Persahabatan.
- Peningkatan Daya Tahan Mental dan Emosi.
- Memupupuk Semangat Kesukarelawanan.
- Menyatupadukan golongan muda daripada pelbagai kaum.
- Membentuk perwatakan positif dan pengamalan nilai murni.
- Lahirkan generasi muda cergas, cerdas dan berkeyakinan.
SYARAT KELAYAKAN PESERTA PLKN SESI 3.0
Syarat yang berikut adalah kelayakan untuk peserta PLKN:
- Warganegara Malaysia;
- Pelajar Lepasan SPM;
- Berusia antara 18 hingga 35 tahun pada tarikh pendaftaran (tertakluk kepada ketetapan di dalam proklamasi);
- Sihat dari segi Fizikal dan Mental; dan
- Belum pernah menyertai PLKN sebelum ini.
SEMAKAN LOKASI DAN TARIKH PLKN
Di bawah merupakan tarikh serta lokasi program latihan ini diadakan:
- Siri Pertama (1)
- Tarikh: 12 Januari – 25 Februari 2025
- Lokasi: Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, KL
- Siri Kedua (2)
- Tarikh: 11 Mei – 24 Jun 2025
- Lokasi: Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kula Lumpur & Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang
- Siri Ketiga (3)
- Tarikh: 7 September – 21 Oktober 2025
- Lokasi: Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kula Lumpur & Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang
CARA SEMAKAN PLKN ONLINE 2025
Sekiranya peserta ingin membuat semakan secara online boleh menyemak di pautan rasmi ini https://jlkn.mod.gov.my/
Peserta yang layak menyertai akan dihubungi melalui dua kaedah berikut:
- Melalui e-Mel :
- Calon yang layak akan menerima e-Mel permohonan melalui alamat e-Mel yang telah didaftarkan semasa pengisian borang permohonan.
- Melalui Surat Panggilan Rasmi :
- Calon yang lulus akan menerima surat panggilan rasmi sebagai peringatan dan pengesahan penyertaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Sekiranya anda tidak dipanggil, bermakna anda gagal untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) siri 3.0. Anda masih berpeluang untuk dipanggil pada siri yang akan datang selagi usia belum mencapai 35 tahun.
RUJUKAN
Laman web ini hanya berkongsi maklumat terkini bagi memudahkan pengguna. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan PLKN, anda disarankan untuk merujuk urusetia melalui kaedah berikut :
- Talian : +603-4019 9999
- e-Mel : mindef@mod.gov.my
BACA LANJUT : Pengecualian untuk PLKN
Semua rakyat Malaysia yang berusia 35 tahun ke bawah disarankan untuk membuat semakan PLKN online 2025 dengan segera sebelum tarikh tutup.